Powered by Blogger.

Sejarah Sekolah


LATAR BELAKANG SEKOLAH
      

Sk Sg Penchala diasaskan penubuhannya pada 2/2/1939. Bangunannya berukuran 60’x 30’ beratapkan rumbia dan berlantaikan simen  didirikan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor (road reserve) secara bergotong royong oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Dato’ Empat Gasal.  

      Pada awalnya, bilangan murid sekolah ini hanya seramai 50 orang. Berumur antara 8 hingga 13 tahun. 28 murid lelaki dan 22 murid perempuan belajar dalam tahun satu. Gurunya 2 orang termasuk Guru Besar. Iaitu Cikgu Abdul Hadi bin Hj Mohd Said.1942, sekolah ditutup selama 7 bulan kerana berlaku perang dunia yang ke-2. Huru hara dan kepayahan hidup di bawah perintah Jepun menjadikan murid-murid berhenti sekolah. Tinggallah Guru Besar seorang. 

     Tahun 1946 hingga 1957, sekolah  terus berkembang hinggalah pada tahun kemerdekaan, sekolah ini mempunyai bilangan murid seramai 192 orang dan pernah memiliki guru seramai 6 orang termasuk guru wanita pertama, Cikgu Aishah binti Abdul Majid pada tahun 1950 .

      Disember 1964  bangunan dan kawasan sekolah ditambah seluas 4.2 ekar dan dirasmikan oleh YB Dato’ Harun bin Idris. Pada masa itu fungsi  sekolah bukan sekadar tempat anak-anak belajar. Malah, menjadi pusat kegiatan masyarakat.Hingga pada 7 November 1974, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah didaftarkan. Semenjak itu kerjasama PIBG dan guru menjadi lebih progresif dalam mendidik anak watan.
 

Blogroll